Aku Anak Penang

Rencah hidup suka & duka..aku anak penang

Monday 31 December 2012

Di Ambang 2013...Azam Baru

Lagi beberapa jam kita akan menyambut tahun 2013..
bagiku x ada apa yg spesel...sama sj...klu nk berubah sepatutnya dr
awal lagi...cuma kita boleh jadikan tahun baru ini
utk memulakan atau menguatkan semangat 
kembali utk memperbaiki kekurangan yg ada...
di sini aku nk share artikel yg dipetik dr utusan melayu..
bole kita dpt ilmu sikit..


LEMBARAN 2013 akan terbuka untuk mengisi episod suka dan duka sepanjang tahun setiap insan. Ramai yang berpendapat tidak lengkap tahun baru tanpa azam baru.
Ketika ini, pasti ramai yang sedang menyimpan azam 'saya mahu naik pangkat', 'saya mahu menambah kewangan', 'saya mahu menjadi lebih baik' dan sebagainya.
Azam bermaksud cita-cita, kecekalan, semangat dan ketentuan diri sendiri yang lebih meyakinkan diri sendiri untuk masa depan yang lebih terjamin, bahagia dan ceria.
Bagi meraikan kehadiran tahun baru, anda perlu menetapkan matlamat yang lebih fokus membawa kepada perancangan strategi bergantung kepada segala kemudahan dan kebolehan yang ada diri sendiri.

1) Perhubungan atau keluarga
Rata-rata mengharapkan sesuatu yang baik sempena tahun baru ini. Jika sebelum ini anda mungkin mengalami masalah perhubungan dengan seseorang, mungkin sudah tiba masanya anda melupakan persengketaan itu. Begitu juga hubungan anda dengan rakan-rakan seharusnya lebih baik. Dalam hubungan keluarga pula, jadikan ikatan itu lebih akrab, mesra dan lebih baik daripada sebelumnya. Jika tahun 2012, anda tidak punya masa untuk keluarga, rancanglah masa yang lebih berkualiti bersama keluarga tahun ini.

2) Kerjaya
 Semua orang ingin mencapai peningkatan dalam pekerjaan. Tiada yang mustahil kerana anda boleh melakukan sekiranya anda berusaha menjadi lebih baik dan meningkatkan produktiviti kerja.



3) Kewangan
 Masalah ini sering menjadi isu utama setiap orang dan institusi keluarga. Mana tidaknya, perbelanjaan diri atau keluarga semakin meningkat saban tahun. Inilah masa untuk anda merancang kewangan dengan melebihkan peruntukan tabungan dan mengurangkan perbelanjaan kehendak diri. Dalam pada itu, anda juga boleh memulakan perniagaan atau pekerjaan sampingan untuk menambah kewangan. Tiada yang mustahil sekiranya anda berusaha.

4) Kesihatan

Jangan lupa kesihatan anda. Setinggi mana pun pencapaian atau kejayaan yang dikecapi, aspek ini jangan diabai. Sekiranya anda tidak pernah bersenam, lakukan sekarang. Dari segi pemakanan, anda perlu mengamalkan menu seimbang. Bagi mereka yang takutkan pemeriksaan kesihatan, berubah segera dan lakukan pemeriksaan sekurang-kurang sekali pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment