Aku Anak Penang

Rencah hidup suka & duka..aku anak penang

Tuesday 19 March 2013

Kem Motivasi UPSR 2012

Assalamualaikum....
Kali ni aku nk share gambaq aku n family yg penah
masuk news paper...cehhh...mcm bnyk sgt...heheheh
walaupun x bnyk,sj nk smpan buat kenangan....
ok 1stly nk share pic aku n huby masa buat kem motivasi UPSR 
2012...kelab kami Kelab Anak-anak Sik mengajurkan kem tu
khas buat murid tahun 6 termasuk anak aku la...
kami buat kt sik d Keda Bendang Man Resort


seronok jugak kt situ....kaw perkampungan,ada air terjun 
lagi....dusun buah2an pun ada...tp x syg musim lagi...
klu x,lg sakan kami dok pulun...hehehe....


gambaq ni nampak clear ckit la...
besaqkn dewan depa...memang selesa sgt la...ada aircond jugak...
aku n huby ditugaskan bhgn mkn...dr thn lpas lg huby aku 
jaga bhgn mkn....so memang kenyang la kn....


anakku along pun masuk kem ni...diakan nk amik 
UPSR...alhamdulillah along dpt 5A....berkat masuk
kem ni jugak kott...


kenangan dgn along n dania...
p mana pun kami tetap bersama...


semasa pendaftaran,ramai jugak...kebanyakan smua
dr daerah sik n ahli kelab KAAS....


ni kt dlm dewan...


huby pun sempat nk posing jugak...
org kuat deyyyy...kahkahkah...


syukur...rezeki x putus2...mlm tu kami bakaq ayam n 
kambing plak...jamu peserta kem n AJK smua..
terima kasih pada yg sponsor...


ni la ajk2 wanita..smuanya dr pelbagai bidang...
tp bla masuk kelab ni...x belagak sombong pun...
mcm adik bradik jaaa...memang best la....

ok...sekian entry keratan akhbar...nnti aku msuk 
lg tau....tungguuuuu....










Saturday 16 March 2013

Kokokrunch 2013-Tahniah Dania

Tahniah buat puteriku Nur Ainul Dania

pada 3/3/2013...dania masuk kejohanan nestle kokokrunch 2013
@ ilp k.batas...syukur...kali ni dania dpt masuk..sbb tahun
lpas dia x sihat...admit hospital...so kali ni dia hapy sgt..nk
balas dendam la konon...dia dh x sabaq sgt dok tnggu hari
perlawanan...aku plak dok dub dab dub dab...
gementar sgt2..


selagi x smpai masa dania bertanding...slagi tu la
aku x bole duduk...asyik berdoa sj...hopefuly dania x injured..
yg tu la yg aku risau sgt...


oh dania...sesungguhnya ibu syg sgt dania...
ni ketika dlm bas...baru nk bertolak dr storm..
dania nmpak cool ja....

along xpa la...bkn dia yg lawan...
tu yg senyum ja....

sedang menunggu nama di panggil...
dania sempat warming up sikit...
bagi pecah peluh....

dah siap dgn aksesori...dok tunggu masa ja..
dania tetap cool.....

along pun dok layan adik dia...bg semangat tu..


baru nk mula...aku lagi la berdebar2...
ingat senang ka...nk tendang menendang o...
risau sgt2...tp dania aku nmpak ok ja...ni aku rasa 1st game
kot...kiran jd coach dia...kiran ni top player kt storm..la 
ni dh pandai buat coaching plak...


ok...syukur sgt2 1st game dh menang...yg sebenaqnya masa
1st game tu aku dh ketaq2 sgt2...tp x sangka dania menang mudah..
dpt gap point...x sangka plak...so dania dh dpt semangat baru lpas 
tu..dia dh nampak feel kt gelanggang tu...n yg 2nd game plak
dgn coach ammar...pun top player kt storm...

ni aksi dania kt gelanggang..huby x sempat nk snap foto
bnyk2 sbb dia pun nk tengok dania beraksi jgak...


2nd game pun dh menang...lega rasanya...aku pun p la tengok 
dia...tnya sakit tang mana...ada cedera ka x...now dok tnguu 3rd game plak..
klu menang 3rd game bole la msuk final....yeaaaa...dania menang
lagi...semuanya gap point...aku sangka dania bole
sampai ke tahap ni...masuk final beb....haaa...bla masuk final...
aku lagi dab dib dub la....hanya berdoa yg terbaik...namun
kali ni dania x berjaya...dia dh putus asa sikit...tp aku nmpak dia lwn jugak..
mnkin sbb letih sgt....tp aku bersyukur sgt2..
janji dania ok...x injured teruk sgt...cuma kaki 
kanan dia lebam ckit...mnkin sbb tu dia x kuat dh...
dia ada ckp masa 1st game kaki dia dh sakit...

tahniah ibu ucapkan buat dania...dpt silver pun jadi la...
bkn senang tu...dh masuk final tau....ni bff dania,auni...
depa sama kolah...auni menang dpt emas...tahniah auni...

tengok la anak2 storm...semuanya mcm anak2 aku la..
aku syg depa.....



dania dok tnggu nk amik medal....sronok la tuuuu...

cayalah...dania dpt dh silver....so next year kena 
pulun dpt emas plak tau....


tahun ni kali ke-3 Storm Taekwondo Club juara lagi...
tahniah Storm....
tengok la betapa happynya....depa...skali dgn aku la...hehehe

cak!!!

ni geng senior storm...depa jadi asst. coach....dok 
tengah blajaq la tu...mana tau lepas ni bole jadi 
coach plak kan.....

dania hebat...

puteri2ku posing dgn piala storm...



tahniah dania...



sempat posing kat luaq plak...


ni masa nk balik sp dah...atlit semua balik dgn bas...
sronok semua...storm dh menang...



6 Rahsia Orang Berjaya


Apakah sifat-sifat istimewa yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya dan berhemah tinggi? Mengapakah mereka terus menempa kejayaan demi kejayaan sedangkan dalam masa yang sama orang lain terus dilanda masalah?
Jawapannya ialah bagaimana mereka melihat setiap masalah yang dihadapi. Mereka mengendali setiap masalah secara betul dan praktikal. Mereka juga memahami enam prinsip yang berhubungkait dengan jenis masalah.
Penulis yang menemui jawapan ini dalam buku "Tough Times Never Last, But Tough People Do" oleh Dr. Robert H. Schuller ingin berkongsi dengan semua pembaca iluvislam.com tentang bagaimana untuk menuju kejayaan. 6 petua ini dipetik daripada buku tersebut.

1. Setiap Insan Yang Hidup Mempunyai Masalah
Apakah masalah anda? Anda tidak mempunyai pekerjaan? Mungkin anda berfikir bahawa setelah mendapat pekerjaan semua masalah akan lenyap. Mereka yang mempunyai pekerjaan juga bermasalah. Mereka mengeluh kerana terpaksa bangun pagi untuk ke tempat kerja setiap hari kerja. Dan ratusan, mungkin ribuan pekerja mendapat kerja yang tidak mereka sukai.
Sesetengah  orang pula beranggapan bahawa masalah mereka timbul kerana terpaksa melapor diri kepada seorang ketua. Tetapi ramai ketua yang menghadapai masalah, sama ada dari segi perhubungan atau pun pengurusan kakitangan.
Jadi bagaimanakah keadaan dengan mereka yang berjaya? Adakah mereka terkecuali daripada menghadapi masalah? Sebenarnya setiap kejayaan tidak menghapuskan masalah, ia melahirkan masalah yang baru. Terimalah ini sebagai satu hakikat hidup seharian.
2. Setiap Masalah Mempunyai Jangka Masa Yang Terhad
Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan pergi jua.
Ketepatan kenyataan ini adalah jelas kalau kita menoleh kebelakang melihat sejarah manusia. Tamadun manusia menghadapi detik-detik kegemilangan dan juga kejatuhannya. Institusi kamanusiaan yang menghadapi suasana kemelesetan akan satu ketika nanti menuju kemercu kejayaan secara perlahan-lahan.
3. Setiap Masalah Harus Mempunyai Pengaruh Positif
Setiap masalah mengandungi bahan atau ramuan rahsia potensi yang kreatif, sama ada untuk diri anda atau pun orang lain. Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh dijadikan modal perniagaan yang menguntungkan untuk orang lain. Contohnya, seseorang yang pernah diisytiharkan muflis oleh mahkamah boleh bertindak sebagai seorang panasihat kepada mereka yang akan diumumkan sebagai muflis.
Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh memberi kesempatan atau peluang baik kepada orang lain.
4. Setiap Masalah Boleh Mengubah Sikap Anda
Sebagai contoh, kita kadang kala tersua dengan seorang jurujual yang berjaya. Tetapi bila diselidiki, ia berkelulusan dalam bidang sejarah dan pendidikan yang tidak ada kaitan dengan kerjayanya.
Sebenar ia dahulunya bekerja sebagai guru. Tetapi sebagai seorang guru yang menjemukan, ia telah menimbulkan banyak masalah kepada majikannya hingga ia diberhentikan kerja. Kerana marah disebabkan pemberhentian kerjanya, ia berazam untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa ia juga boleh berjaya dalam hidup.
Kini ia bersyukur kerana dibuang kerja kerana peristiwa itu membuat ia sangat marah hingga bertekad untuk terus berusaha hingga berjaya.
5.  Anda Boleh Buat Pilihan Untuk Mengawal Masalah
Anda mungkin tidak dapat mengawal masalah. Tetapi anda boleh merancang tindakan balas terhadapnya. Sekiranya anda mengawal rancangan tindakan balas terhadap masalah hidup, bermakna anda telah dapat mengawal masalah yang melanda diri sendiri.
Masalah boleh membuat anda lemah atau sebaliknya. Ia juga boleh membuat anda hidup dengan lebih baik ataupun menderita. Semuanya bergantung kepada diri anda.
6. Setiap Masalah Mempunyai Tindak Balas Yang Negatif dan Positif
Akhir sekali, orang-orang yang cekal hati boleh terus hidup walaupun dalam keadaan yang menyulitkan. Kerana mereka memilih untuk bertindak balas secara positif dalam keadaan sulit atau berbahaya walaupun ia bukan satu perkara yang mudah.
Misalnya, apakah tindak balas positif jika seseorang itu menghadapi masalah kewangan yang rumit? Dalam situasi ini apakah tindakan positif yang harus diambil? Larikan diri daripada penagih hutang? Mencari jalan keluar seperti minum hingga mabuk atau sebagainya?
Tidak! Tindakan balas negatif itu hanyalah penyelesaian sementara yang boleh membuahkan lain-lain masalah baru.
Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama. Ia memerlukan keberanian untuk bersemuka dengan penagih hutang dan berunding secara jujur dan terus terang. Jika mereka berkeras, maka jalan paling baik yang harus diambil secara undang-undang dan terhormat ialah menerima diisytiharkan sebagai muflis oleh mahkamah.
Pendek kata "Sekiranya anda tidak dapat selesaikan masalah, maka anda harus mengendalikannya".
TQ to iluvislam...bnyk maklumat yg memberi kekuatan pd diriku..





Friday 15 March 2013

Kerja Amal Soleh

 

Ikhlas bekerja diterima di sisi Allah dan manusia yang berurusan.
Niat dan cita-cita untuk menjadi insan salih dan beramal salih melalui 
apa juga kerjaya diceburi boleh mencetuskan semangat motivasi serta terapi
 hati dalam mengejar matlamat kesejahteraan dunia dan akhirat.
 Setiap kali kita bekerja, pahatkan dalam hati bahawa kerja hari ini adalah untuk 
pelaburan hari akhirat kelak. 
Namun, ia tidak akan menjadi pelaburan akhirat jika tidak diniatkan serta 
diusahakan dengan memenuhi standard sebagai amal soleh.
 “Adapun orang yang beriman dan mengerjakan amal salih, 
maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka.” ali-Imran, ayat 57 
 Amal salih adalah amal yang dilaksanakan mengikut piawaian akhlak 
seperti ikhlas, teliti, jujur, amanah, tekun, cekap serta mengikut piawaian
 syarak, diusahakan daripada sumber yang halal dan membawa manfaat.
 Sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik harta ialah harta yang baik kepunyaan
 orang yang baik”. (Riwayat Imam Ahmad) Kurang kerenah birokrasi Usaha 
untuk mengurangkan kerenah birokrasi juga satu amal salih kerana 
selain bertujuan memudah dan mempercepatkan proses urusan,
 ia juga dapat mengelakkan pelanggan menggunakan jalan pintas atau
 mengamalkan suapan, rasuah dan penipuan untuk mencapai hasrat dengan mudah. 
 Begitu juga langkah mempercepatkan masa menunggu giliran, 
menyediakan kaunter pertanyaan dan perkhidmatan mencukupi, 
menyediakan perkhidmatan khas kepada golongan kurang upaya,
 warga emas dan ibu hamil serta menggantikan pegawai bercuti panjang. 
 Mengurangkan prosedur kerja yang panjang dan rumit,
 menyediakan tempat berurusan selesa, bersih dan selamat,
 memudahkan pengisian borang, penyaluran maklumat permohonan 
secara dalam talian, memberikan maklumat urusan dengan jelas,
 tepat dan mencukupi juga antara amal soleh. 
 Bekerja dengan matlamat menjadi insan salih dan beramal salih 
memberi manfaat yang dahsyat kepada pekerja.
 Ia meliputi antaranya tujuh implikasi iaitu pertama,
 disempurnakan dan diberi ganjaran pahala.
 Firman Allah SWT: “Adapun orang yang beriman dan mengerjakan
 amal salih, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka.
”(Surah ali-Imran, ayat 57) Elak kerja sia-sia Kedua, mengelakkan kerja 
menjadi sia-sia ibarat debu yang berterbangan dan tidak menjadi 
pelaburan akhirat. Abu Hurairah, katanya, 
“Aku dengar Rasulullah SAW bersabda mengenai beberapa
 orang yang mengerjakan amalan tetapi sia-sia pada hari akhirat.
 Antaranya meliputi sumber yang haram dan tidak jujur.
” Firman Allah SWT: “Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam 
kerugian kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan
 kepada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran.
” (Surah al-Asr, ayat 1-3) Ketiga, menjadi terapi hati apabila
 merasa letih, penat dan putus asa terhadap kerja.
 Firman Allah SWT: “Sesiapa yang beriman dan beramal 
salih maka tiada ketakutan bagi mereka dan tiada pula 
mereka merasa sedih.” Kelegaan daripada sifat takut dan 
sedih ini lahir daripada keyakinan hati terhadap balasan setiap 
amal soleh akan dilihat serta dihitung oleh Allah SWT. 
 Firman-Nya: “Dan bahawa sesungguhnya tiada (balasan) 
bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.
 Dan sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan 
(kepadanya pada Hari Kiamat kelak). 
Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna.
” (Surah al-Najm, ayat 39-41) Keempat, mendapat kehidupan yang baik.
 Implikasi ini sesuai dengan tuntutan untuk mengamalkan budaya 
kerja cemerlang bagi mendapatkan hasil dan output berkualiti.
 Firman Allah SWT: “Sesiapa yang mengerjakan amal salih sama 
ada lelaki mahupun perempuan dan dia beriman, maka Kami akan
 memberikan kehidupan yang baik baginya dan Kami akan berikan 
kepada mereka ganjaran yang lebih baik daripada amalan mereka.” 
(Surah al-Nahl, ayat 97) Kelima, dikasihi majikan dan rakan.
 Dengan memenuhi piawaian akhlak dan syarak,
 pastinya kerja itu bukan saja diterima di sisi Allah SWT tetapi 
juga manusia yang berurusan di sekeliling kita. Keenam,
 menjadi contoh dan sumber inspirasi dalam membentuk budaya amal
 salih kepada yang lain. Sabda Rasulullah, 
“Seorang Mukmin itu adalah cerminan bagi Mukmin yang lain.”
 (Riwayat al-Bukhari) Buka pintu rahmat Ketujuh, membuka pintu
 rahmat Allah SWT. Sabda Rasulullah: “Allah SWT merahmati 
orang yang bertolak ansur ketika menjual, bertolak ansur ketika membeli, 
bertolak ansur ketika mengadili dan bertolak ansur ketika 
meminta pengadilan.” (Riwayat al-Tirmizi) 
 Semua implikasi ini akan menjadikan kita pekerja yang dedikasi,
 berdaya tahan lagi ceria melaksanakan tugas.

Sebagai pedoman buat diriku..