Aku Anak Penang

Rencah hidup suka & duka..aku anak penang

Thursday 18 October 2012

Berita PruBsn Takaful(Promosi Terbaru PruBsn Smartlink)

Pelan Takaful Inovatif,PruBSN Smartlink




Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) hari ini memperkenalkan pembaharuan terkini PruBSN SmartLinkpelan takaful pertama yang membolehkan pelanggan melindungi masa depan anak-anak sebelum mereka dilahirkanPruBSN SmartLink sebelum ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yangberusia 1 hingga 18 tahun dan kini, ianya telah dinaiktarafkan untuk melindungi anak dalam kandungan dari seawal20 minggu kehamilan.


Berucap di majlis perasmian, Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Encik Azim Mithani berkata “Kami komited untuk menawarkan pelan takaful patuh Syariah yang bertaraf dunia kepada semua golongan masyarakat, dan seiring dengan itu, kami amat berbesar hati untuk memperkenalkan suatu pelan takaful yang inovatif dan yang pertama seumpanya seperti PruBSN SmartLink. Kami sedar bahawa kelahiran seorang bayi merupakan satu perkara yang mengubah kehidupan, dan dengan pelbagai perkara yang perlu difikirkan, kami membantu memberi ketenangan minda kepada bakal-bakal ibu bapa di Malaysia.

Pelan yang dinaiktarafkan ini memberi perlindungan hayat kepada ibu mengandung serta anak di dalam kandungan seawal 20 minggu kehamilan. Perlindungan ini berterusan sehingga selepas lahir dan menyediakan perlindungan perubatan khusus untuk bayi yang baru lahir seperti inkubasi dan Unit Rawatan Rapi / Unit Berisiko tinggi. Selain itu, pelan ini menawarkan rider-rider baru yang memberikan perlindungan tambahan untuk hayat dan kewangan bukan sahaja untuk anak tetapi juga untuk ibu bapa. Pelan ini ditawarkan kepada ibu-ibu mengandung yang berusia di antara 19 dan 45 tahun.


Para peserta juga boleh menikmati manfaat-manfaat kehamilan dan bayi yang serupa dengan memilih rider Baby Care yang disertakan bersama pelan PruBSN TakafulLink atau PruBSN FirstLink. Dengan rider ini, mereka akan menikmati manfaat-manfaat yang diberikan untuk kelahiran-kelahiran seterusnya serta Bonus Imunisasi sebanyak RM200. Rider ini melindungi kehamilan-kehamilan sehingga peserta mencecah usia 46 tahun.

Dengan ciri-ciri yang menarik serta azam kami untuk menghasilkan produk yang berinovasi  di pasarankami percaya PruBSN SmartLink mampu meneroka peluang pasaran kira-kira satu juta bakal ibu bapa di negara ini," kataEncik Azim.

Sejak penubuhannya enam tahun yang laluPruBSN kini memiliki kira-kira 300,000 pelanggan yang menyertai pelan takaful inovatifnya termasuk PruBSN Link SeriesPruBSN UmmahPruBSN CrisisCover dan PruBSN Protect.PruBSN baru-baru ini juga telah membuka dua cawangan baru di negeri Melaka dan Ipoh, menjadikan jumlahrangkaian cawangannya kepada tujuh di seluruh Malaysia.

Pelan PruBSN SmartLink kini boleh didapati di semua cawangan PruBSN di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut bagaimana anda boleh mula melindungi masa depan kandungan anda, sila hubungi saya utk penerangan lanjut.


No comments:

Post a Comment